F.T. Island Gegarkan Stadium Negara Januari 2012!


F.T. Island Gegarkan Stadium Negara Januari 2012!

Beberapa tahun lalu, mereka pernah membuat perancangan untuk mengadakan konsert jelajah ke Malaysia, namun sayangnya atas sebab-sebab tertentu ia dibatalkan. Namun hajat sekalian Primadonnas (gelaran untuk peminat) untuk menyaksikan band pujaan mereka, FT. Island bakal tercapai menerusi konsert jelajah, ’2012 Play! FTISLAND Concert in Malaysia’, pada 14 Januari, 8.30 malam di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Istimewanya konsert anjuran square rOOTS sdn Bhd ini diilham sendiri oleh anggota FT Island istimewa buat para peminat mereka. Daripada proses pemilihan lagu, rekaan pentas serta perjalanan persembahan yang menjanjikan persembahan memukau semuanya telah diatur sendiri oleh mereka.
Tiket-tiket boleh didapati mulai esok bermula dari harga RM138 (P3), RM248 (P2), RM368 (P1) and RM468 (Rock Zone). Setiap tiket dikenakan caj RM3 (processing fee). Maklumat lanjut, boleh hubungi iLasso at 03-7957 6088, atau agent tiket iLasso agents atau Square Roots di talian 03-8023 4376. Untuk pembelian menerusi online purchase, boleh layari www.ilassotickets.com.

Leave a Reply